Hello world!

Assalamualaikum,
Terima kasih kepada kamu semua yang masih teguh berdiri dibelakang Persetankan selama ini. Beberapa cubaan sebelum ini untuk menghidupkan kembali Persetankan menemui jalan buntu atas beberapa masalah teknikal dan ketiadaan masa. Tetapi percayalah persetankan tetap takkan hilang dalam hati kami. Selama persetankan wujudlah, selama itulah hubungan kita sesama ahli persetankan tetap ada.
Berbagai dugaan di lalui oleh kami, sehinggakan terpaksa menggunakan domain baru ini www.prstnkn.com tetapi persetankan tetap sama. Disamping itu kami masih mengekalkan konsep yang lama iaitu submisi fhoto dari ahli persetankan tetapi dengan saiz gamba yang lebih besar kerana kami yakin, dikala ini rata-rata ahli persetankan sudah mempunyai kamera yang bermegapiksel tinggi. InsyaAllah kami akan cuba memberikan saiz terbesar yang mampu bagi memuaskan hati semua pihak.
Dari segi krew, ya masih lagi dengan krew lama presiden sudah naik tahta lagi menjadi penasihat dan kami juga bakal merekrut krew-krew baru untuk memantapkan lagi tulang belakang persetankan. Buat sementara ini ‘layout’ ini masih dalam pengubahsuaian, cuma baru siap kira-kira 20%. Oleh itu sesiapa yang mempunyai sebarang cadangan silalah tinggalkan komen.
Okey, buat sementara itu ini sahaja laporan dari tulang belakang Persetankan. Sila-silalah promote kami dan sebar2kan kepada kawan-kawan lama… persetankan telah kembali … www.prstnkn.com
ob,








